|
Japan Update 17 April, 2006 @ 12:57 p.m.
Setelah bertahun pelangi tidak berupdate, aku dapati masih ada orang yang tersesat ke sini dan membacanya. Blog aku yang selepas pelangi ini yang di modblog dan efx2 dah tak sedetail ini. Bila dah lama menulis blog rasa tak selesa pula menulis cerita panjang lebar. Tapi bila di pelangi, aku rasa tak mengapa, sebab tak ada orang yang membaca. Kami dah 5 bulan setengah di Jepun. Junior tak pergi sekolah. Demamnya dah kurang tapi hingus masih meleleh. Jadi aku ingat biarlah hari ni tak pergi. Insya Allah esok pergilah kot. Dia baru 6 hari pergi sekolah, tiba-tiba kena benguk, kemudian demam dan selsema teruk pula. Dalam 6 hari tu, 5 hari balik separuh hari. Jadi baru sehari duduk di sekolah sehari suntuk, siap kena bawa futon untuk tidur di sekolah. Sekolah tu macam nurseri, nak hantar tadika mahal sangat yurannya. Biarlah dia pergi nurseri murah. Tujuannya hanya untuk belajar cakap Jepun, bermain-main dengan budak lelaki sebaya. Yang lain-lain seperti Bm, BI dan Quran, akulah yang ajar di rumah. Umur aku dah 38 tahun. 2 minggu lepas kali pertama sambut harijadi di Jepun. Sambut tu maksudnya umur aku bertambah tapi taklah buat birthday party pula. Sekarang dah pukul 1 petang. 2 jam setengah lagi barulah Hanna balik dari sekolah. Dia suka makan roti canai. Aku cuba buat masa mula-mula datang Jepun dulu. Keras semacam mungkin sebab tak pandai menguli. Akhirnya order dari Baticrom Online. Semalam dah habis pek terakhir yang aku order sebulan lepas. Buat pesanan baru. Pagi tadi dah sampai. Legalah dia balik sekolah nanti boleh makan. Harga roti canai tu 450 sebungkus - ada 5 keping. Tapi bila beli 10 bungkus dapat harga 3500 yen. Jadi sekeping roti canai jatuh harga sekeping 70 yen. Lebih kurang RM2.50. Dialah yang suka sangat. Aku tak berapa. Sepanjang tahun lepas entah kurang daripada 10 kali aku makan roti canai rasanya. Sebenarnya masa tu berat aku pun dah terlebih, tu yang cuba nak kurangkan makan roti canai. Tapi di sini sebulan sekali mesti masak beriani. Semalam baru masak. Disebabkan anak-anak tak pandai makan nasi yang bukan berwarna putih, aku dengan bapanya akan mengambil masa 3 hari untuk menghabiskan nasi beriani ni.
78
|